SHAH ALAM: Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) melangkah ke hadapan dalam memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan TVET menerusi penganjuran Strive Talent Empowerment Programme 2026 (STEP 2026) yang bertemakan “Emerging Technologies in Medical Electronics Industry”.

Program strategik ini berfungsi sebagai platform holistik dalam mendedahkan pelajar kepada perkembangan teknologi terkini dalam sektor elektronik perubatan, di samping memberikan kefahaman mendalam mengenai kompetensi, kemahiran, dan jangkaan sebenar pasaran kerja.

STEP 2026 menjadi titik pertemuan penting yang menghimpunkan rakan industri, institusi akademik, agensi berkaitan, serta alumni bagi membincangkan transformasi industri dan keperluan bakat masa hadapan.