HYDERABAD: Beberapa gergasi teknologi maklumat (IT) India adalah antara syarikat terkemuka yang terjejas akibat tindakan tegas kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap pengambilan pekerja asing berkemahiran secara tetap.

Naib Presiden AS, JD Vance dan Setiausaha Buruh, Keith Sonderling, pada Khamis menuduh syarikat IT terkemuka menyalahgunakan Program Pensijilan Buruh Tetap (PERM) dan skim visa kerja H-1B selama beberapa dekad untuk membawa masuk pekerja asing secara besar-besaran ke AS sehingga menjejaskan peluang pekerjaan rakyat Amerika.

Ketika mengumumkan tindakan tegas itu, Sonderling menyifatkan langkah berkenaan sebagai usaha untuk "menghapuskan punca utama masalah" bagi melindungi pekerja AS.