KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa supaya memastikan kadar gaji minimum baharu yang akan diumumkan tidak membabitkan pekerja asing bagi melindungi perniagaan tempatan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, pengecualian itu penting bagi memastikan keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan."Kenaikan gaji minimum merupakan perkara yang dinanti oleh seluruh rakyat tetapi saya ingin mencadangkan supaya kadar baharu itu nanti hanya melibatkan pekerja warganegara Malaysia dan tidak merangkumi pekerja asing."Langkah itu penting bagi melindungi perniagaan tempatan dalam mengurangkan beban kos sekiranya pelaksanaan kadar baharu gaji ini turut melibatkan pekerja asing."Sebagai contoh gaji minimum RM1,700 yang dibayar kepada pekerja asing ketika ini bukan jumlah sebenar kerana banyak lagi kos tambahan yang terpaksa ditanggung termasuk penginapan, tempat tinggal dan lain-lain yang sememangnya telah membebankan," katanya ketika sidang akhbar di Parlimen di sini pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kadar gaji minimum sebanyak RM1,700 dijangka dinaikkan dan perinciannya bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat ini.Menurut Anwar, semakan dan kajian bagi pelarisan gaji minimum kini berada pada peringkat akhir sebelum diumumkan dalam pembentangan belanjawan di Dewan Rakyat.Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, gesaan yang dibuat itu bagi membawa suara kebimbangan perniagaan tempatan susulan pengumuman dibuat Anwar mengenai kadar baharu gaji minimum.Katanya, kekurangan pekerja tempatan untuk bekerja dalam sektor tertentu turut mendorong majikan mengambil warga asing bagi memastikan operasi syarikat berjalan dengan baik."Pemilik syarikat tiada pilihan kerana tidak ramai pekerja tempatan yang ingin bekerja. Jadi, mereka harap kenaikan kadar baharu gaji minimum ini tidak melibatkan pekerja asing," katanya.
[VIDEO] Guan Eng gesa kenaikan kadar gaji minimum baharu tidak libatkan pekerja asing
Key points
- KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa supaya memastikan kadar gaji minimum baharu yang akan diumumkan tidak membabitkan pekerja asing bagi melindungi perniagaan tempatan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
- Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, gesaan yang dibuat itu bagi membawa suara kebimbangan perniagaan tempatan susulan pengumuman dibuat Anwar mengenai kadar baharu gaji minimum.
- Jadi, mereka harap kenaikan kadar baharu gaji minimum ini tidak melibatkan pekerja asing,” katanya.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Updated
- October 7, 2026 at 7:17 AM UTC
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Kenaikan gaji minimum jangan sampai himpit pekerja mahir
- Berita Harian PMKS wajar diberi tempoh kenaikan gaji minimum
- Sinar Harian [VIDEO] Guan Eng gesa kenaikan kadar gaji minimum baharu tidak libatkan pekerja asing (this story)
- Malaysiakini (BM) Guan Eng desak kenaikan gaji minimum baru terhad pada warga tempatan








