KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2026 yang dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil, di sini, esok, ditangguhkan susulan jerebu melanda negara.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tarikh baharu penganjuran akan diumumkan kemudian, tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap selamat untuk aktiviti luar.

Menurut KBS, keputusan itu dibuat sebagai langkah proaktif dan berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko kesihatan terhadap peserta, penganjur serta orang ramai.

Bagaimanapun, penganjuran HSN di peringkat negeri dan lokasi lain tertakluk kepada keadaan setempat serta ketetapan pentadbiran masing-masing.

KBS memaklumkan sambutan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka turut ditangguhkan.