KUALA LUMPUR: Naib canselor institusi pengajian tinggi (IPT) diberi autonomi untuk menentukan keperluan menutup kelas berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing susulan jerebu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Aminuddin Hassim, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan setempat, dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih boleh diteruskan secara dalam talian sekiranya kelas bersemuka ditutup.

Katanya, setiap universiti mempunyai jawatankuasa sendiri untuk menilai keadaan semasa dan menentukan tindakan yang bersesuaian.

"Kita sudah maklumkan kepada semua naib canselor bahawa mereka perlu memantau IPU di kawasan masing-masing. Kita tidak boleh meminta semua universiti ditutup kerana ada kawasan, misalnya di utara, yang keadaannya lebih baik.