SUNGAI PETANI - Seramai 14 individu disyaki mempunyai kaitan kes bunuh seorang remaja yang ditemui terbaring tepi semak dekat Jalan Harvard - Gurun di sini pada Khamis, direman bagi membantu siasatan.Perintah reman dibenarkan Majistret Noor Fazlina Musa ke atas kesemua suspek berusia 16 hingga 24 tahun di Kompleks Mahkamah Sungai Petani di sini pada Jumaat.Difahamkan, seramai 12 orang direman selama enam hari manakala dua lagi individu dipercayai bawah umur dibenarkan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki berpakaian sukan ditemui tepi semak, terdapat kesan kecederaanDalam kejadian itu, mayat Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam,18, ditemui dengan kesan kecederaan di kepala dan muka.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian sukan warna hitam dan kuning sekitar jam 8 pagi Khamis di lokasi kejadian.