am@hmetro.com.my

Balik Pulau: Seramai 29 warga China dan Kemboja yang ditahan selepas disyaki terbabit sindiket gores dan menang bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh masa dibenarkan selain tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini.

Semua tertuduh terdiri daripada 19 lelaki dan 10 wanita berusia 21 hingga 63 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Berdasarkan pertuduhan, tujuh daripada tertuduh didakwa atas kesalahan tinggal lebih masa di Malaysia tanpa alasan munasabah di sebuah premis di Lintang Teluk Kumbar 1, Teluk Kumbar jam 10.30 malam pada 22 September lalu.