KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak wanita bawah 17 (B-17) tahun negara perlu mengalahkan India dalam aksi terakhir Kumpulan E kempen kelayakan sekiranya mahu meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-17 2027.

Malaysia ketika ini berada di kedudukan kedua, berkongsi enam mata bersama pendahulu, India, namun skuad Malayan Tigress B-17 kekurangan dari segi jumlah perbezaan gol.

India meraih kelebihan selepas membelasah Iraq 14-0 dalam aksi pertama 5 Oktober lalu lalu sebelum mengalahkan Syria 2-0 pada aksi kedua kumpulan, semalam.

Malaysia pula mengalahkan Syria 1-0 dalam aksi pertama dan membelasah Iraq 4-0, malam tadi, namun ia belum cukup untuk memintas India di kedudukan teratas kumpulan.