PADANG TERAP: Pas bersedia menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika logo Perikatan Nasional (PN) tidak dapat digunakan, susulan isu penggantungan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bagaimanapun keputusan itu hanya akan dimuktamadkan dalam mesyuarat parti pada 12 Oktober ini.
“Setiausaha Agung PN ada fail saman (tuntutan) kepada RoS. Tunggu keputusanlah. Kalau tak ada pilihan, guna logo Pas.
“Logo Pas ini orang tak fobia dah. Gunung Everest pun ada logo Pas, orang bawa pergi. Kalau tidak boleh, guna logo itu (tapi) saya rasa perkara tersebut belum dibincangkan sampai peringkat itu lagi,” katanya.









