KUALA KRAI: Sudah sebulan berlalu, namun Fauzi Deris, 74, atau lebih mesra dipanggil Abe Aziz masih belum ditemukan sejak warga emas itu dilaporkan hilang pada 9 September di Kampung Kuala Pertang, di sini.
Anak angkat mangsa, Syafiq Izwan Abdullah, 33, berkata pelbagai ikhtiar dilakukan dalam usaha mencari bapa angkatnya itu termasuk bantuan penduduk kampung dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain mengadakan solat hajat di masjid.
"Saya sekeluarga masih berharap agar abah dapat ditemukan dengan segera dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya bimbang sebab abah juga ada masalah kesihatan.
"Penduduk kampung masih lagi mencari di kawasan sekitar walaupun sudah tidak tahu arah mana lagi untuk menemui abah," katanya ditemui BERNAMA, hari ini.






