SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mencabar pembatalan pelantikan mereka di mahkamah sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Menurutnya, beliau terkejut apabila 10 bekas Exco kerajaan negeri mengambil tindakan memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Sembilan, yang disifatkannya sebagai ‘kerajaan saman kerajaan’.
“Saya terperanjat apabila 10 mantan Exco kerajaan Negeri Sembilan menfailkan saman kepada kerajaan negeri, kerajaan mereka sendiri dan juga menuntut kos daripada kerajaan. Ini merupakan satu perkara yang tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.









