am@hmetro.com.my
Shah Alam: Sebanyak 103 kes pembuangan sampah haram dikesan menerusi pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.
Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 109 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata, pemantauan menerusi teknologi CCTV yang dikendalikan Unit CCTV, Jabatan Penguatkuasa membolehkan aktiviti pembuangan sampah haram dikesan secara lebih sistematik termasuk mengenal pasti kenderaan dan pihak yang disyaki terbabit untuk tindakan susulan.
"Selain pengesanan menerusi CCTV, MBDK turut melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun dan sitaan mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007.








