KOTA KINABALU - Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah mencadangkan supaya pelajar senior yang didakwa mengganggu anaknya dipanggil untuk mendapatkan penjelasan, namun cadangan itu dihalang remaja berkenaan kerana bimbang keadaan menjadi lebih buruk.Noraidah Lamat, 46, berkata, beliau mahu pertemuan itu turut membabitkan warden asrama bagi membolehkan perkara berkenaan dibincangkan secara bersemuka."Saya ada mencadangkan kepada Zara yang saya mahu memanggil senior-senior tersebut untuk bertanya kenapa mereka melakukan demikian kepada Zara. "Maksud saya bukan saya dengan senior itu sahaja, saya mahu memanggil warden, senior tersebut dan Zara. Saya mahu bertanya secara bersemuka tetapi anak saya menghalang," katanya.Noraidah yang juga saksi ke-82 dalam inkues kematian Zara Qairina berkata demikian ketika menjawab soalan peguam, Joan Goh di Mahkamah Koroner di sini, pada Jumaat.Menurut Noraidah, Zara Qairina ketika itu menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan berkenaan boleh menyebabkan keadaan yang dihadapinya menjadi lebih teruk kerana pelajar senior terbabit mempunyai kumpulan besar di asrama."Janganlah mak buat macam tu, nanti buat lebih teruk lagi kepada Zara. Diorang tu ada geng besar di asrama," katanya memetik kata-kata anaknya.Ketika ditanya sama ada beliau boleh mengambil tindakan lain, termasuk bertemu pengetua atau warden bagi menangani masalah berkenaan walaupun Zara Qairina menghalangnya daripada bersemuka dengan pelajar senior, Noraidah bersetuju dengan perkara itu.Bagaimanapun, saksi berkata, beliau ketika itu masih menaruh kepercayaan terhadap pentadbiran sekolah kerana menganggapnya sebagai sebuah sekolah agama tersohor di Sabah.Noraidah turut bersetuju bahawa aduan anaknya bukan berlaku sekali sahaja, namun menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka masalah yang berlaku di sekolah itu begitu serius sehingga boleh mengakibatkan kematian Zara Qairina."Sebab saya tidak menyangka di sekolah itu ada berlaku kes buli yang sebegitu serius sehingga boleh membuat kematian kepada seorang...kepada murid, kepada anak saya Zara," katanya.
Ibu mahu jumpa senior, Zara halang kerana bimbang keadaan bertambah teruk

Key points
- KOTA KINABALU - Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah mencadangkan supaya pelajar senior yang didakwa mengganggu anaknya dipanggil untuk mendapatkan penjelasan, namun cadangan itu dihalang remaja berkenaan kerana bimbang keadaan menjadi lebih buruk.
- Noraidah Lamat, 46, berkata, beliau mahu pertemuan itu turut membabitkan warden asrama bagi membolehkan perkara berkenaan dibincangkan secara bersemuka.
- Menurut Noraidah, Zara Qairina ketika itu menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan berkenaan boleh menyebabkan keadaan yang dihadapinya menjadi lebih teruk kerana pelajar senior terbabit mempunyai kumpulan besar di asrama.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Ibu mahu jumpa senior, Zara halang kerana bimbang keadaan bertambah teruk (this story)








