SINGAPURA: Kualiti udara merosot ke tahap tidak sihat di seluruh Singapura hari ini dengan Indeks Piawaian Pencemar (PSI) 24 jam mencecah 177 di kawasan tengah ketika republik itu membuat persediaan untuk perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Singapura 2026 pada hujung minggu ini.

Setakat jam 11 pagi, data Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menunjukkan bacaan PSI 24 jam tertinggi direkodkan di kawasan tengah iaitu 177, diikuti barat (168), selatan (157), timur (151) dan utara (119).

Bacaan PSI 24 jam menjadi asas kepada nasihat kesihatan harian NEA, dengan bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, 201 hingga 300 sebagai sangat tidak sihat dan melebihi 300 sebagai berbahaya.