mahaizur@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Kualiti udara di ibu negara semakin merosot apabila bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) terus meningkat kepada 225 setakat jam 3.30 petang tadi berbanding 207 pada jam 9 pagi.
Data World Air Quality Ranking yang disiarkan IQAir secara langsung itu menunjukkan Kuala Lumpur berada pada tahap sangat tidak sihat dan kekal di kedudukan teratas dalam ranking bandar utama paling tercemar di dunia.
Bacaan itu jauh mengatasi Kinshasa, Republik Demokratik Congo yang merekodkan AQI 189 dan Singapura (174).
Pada masa sama, New Delhi, India pula berada di kedudukan keempat dengan AQI 173 diikuti Lahore, Pakistan (169); Kaherah, Mesir (167) dan Dhaka, Bangladesh (165).






