KUALA LUMPUR: Jurang inflasi antara pengeluar dan pengguna Malaysia menunjukkan perniagaan atau syarikat menanggung sebahagian daripada peningkatan kos meskipun pengguna berkemungkinan berdepan harga lebih tinggi jika keadaan itu berterusan, menurut Bank Muamalat Malaysia Bhd.

Ketua Ahli Ekonominya, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata bank itu mengunjurkan inflasi meningkat kepada 2.2 peratus pada 2027 berbanding unjuran 1.8 peratus pada bagi 2026 apabila syarikat berkemungkinan memindahkan kos operasi yang lebih tinggi kepada pengguna.

Beliau berkata, inflasi mengikut Indeks Harga Pengguna (IHP) sekitar 1.9 peratus menunjukkan syarikat masih belum melepaskan sepenuhnya peningkatan kos bahan mentah dan bahan api kepada pelanggan masing-masing.