Penganalisis berkata berada di blok pembangkang bukan perkara asing atau membimbangkan bagi pengundi dan akar umbi DAP.

PETALING JAYA: DAP mungkin mempertimbangkan strategi ‘kekal dalam gabungan tetapi tidak terikat’ selepas PRU16 bagi mengekalkan keanjalan politik tanpa mengorbankan prinsip parti, kata penganalisis.

Wong Chin Huat daripada Sunway University berkata, pendekatan itu membolehkan DAP terus bekerjasama dengan PKR dan Amanah dalam Pakatan Harapan (PH), tetapi pada masa sama bersedia kembali ke bangku pembangkang jika rakan gabungan memilih membentuk kerajaan bersama Umno atau PAS tanpa mengambil kira syarat dasar parti.

Wong Chin Huat
Wong Chin Huat.

Katanya, keanjalan membuat keputusan menjelang PRU16 semakin penting bagi DAP kerana parti itu masih memerlukan rakan gabungan berbilang kaum.