am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya tidak pernah lupakan apa yang dia (pembuli) buat kepada saya ketika di sekolah menengah biarpun kejadian itu sudah 20 tahun berlalu.

"Semua pengalaman itu masih segar dalam ingatan saya seperti baru semalam berlaku, saya tidak akan maafkan, saya tidak akan lupakan," katanya.

Itu pengakuan seorang bekas mangsa buli dikenali sebagai Firdaus Azam, 36, yang mengakui bahawa pengalaman buli ketika di sekolah banyak mencorak personalitinya. Dia berkata, kejadian buli itu berlaku ketika dia menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di sebuah negeri dan bentuk buli itu bermula dengan ejekan sehingga kepada fizikal.

"Saya pernah terserempak dengan salah seorang individu yang membuli saya suatu ketika dulu dan ketika itu, saya pernah terfikir untuk melanggarnya dan pelbagai imaginasi lain.