Istanbul: Pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman pada awal Rabu memaklumkan pihaknya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah Khamis Mushait di barat daya Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Stesen televisyen milik kerajaan Arab Saudi, Al Ekhbariya memetik pakatan itu sebagai berkata, bahawa ibu negara Yaman, Sanaa serta wilayah Saada dan Amran adalah punca ancaman peluru berpandu Houthi.

Pakatan itu memaklumkan operasi akan diteruskan bagi meneutralkan ancaman peluru berpandu balistik dan peluru berpandu darat ke darat serta memusnahkan tapak pelancarannya.

Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki menerusi platform X pada Selasa berkata satu peluru berpandu balistik yang dilancarkan Houthi ke arah Khamis Mushait telah dipintas dan dimusnahkan.