KUALA LUMPUR: Peralihan hijau membuka lebih banyak peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk meningkatkan keupayaan, menembusi pasaran baharu dan menyertai rantaian nilai ekonomi hijau global.
Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata PMKS memainkan peranan penting dalam ekonomi negara menerusi penyediaan peluang pekerjaan, sokongan kepada komuniti dan sumbangan kepada rantaian bekalan industri.
Katanya, penyertaan perusahaan tempatan dalam industri masa depan perlu diperkukuh melalui kerjasama dengan penyedia teknologi, rakan pembiayaan dan pembeli antarabangsa bagi membolehkan mereka merebut peluang pertumbuhan dalam ekonomi hijau.
"Melalui padanan perniagaan dan inisiatif seperti MyHIJAU Mark, kita membantu perusahaan Malaysia menunjukkan kelayakan alam sekitar produk dan perkhidmatan mereka," katanya.










