KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan keperluan memperkukuh kerjasama serantau bagi menjamin bekalan tenaga yang stabil dan mampu bayar, seiring usaha mempercepat peralihan kepada tenaga rendah karbon.
Pendirian itu disampaikan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, mewakili Kerajaan Malaysia pada Mesyuarat Menteri Komuniti Pelepasan Sifar Bersih Karbon Asia (AZEC) Keempat di Manila, Filipina hari ini.
Kementerian Ekonomi berkata dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kerjasama AZEC melengkapi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) termasuk kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu, mobiliti hijau, pembangunan infrastruktur dan pembiayaan peralihan.
"Malaysia juga melihat ruang kerjasama dalam pengurangan pelepasan metana, hidrogen serta teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).










