PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkukuh kerjasama dengan kementerian berkaitan bagi memastikan graduan universiti, politeknik dan kolej komuniti mendapat pekerjaan yang selaras dengan kelayakan akademik masing-masing, sekali gus menangani isu guna tenaga tidak penuh di negara ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi kerjasama strategik, khususnya antara KPT, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035.






