am@hmetro.com.my
Shah Alam: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memperkukuh laluan pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan graduan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu diberi perhatian susulan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bahawa kira-kira 1.6 juta graduan atau 32.2 peratus bekerja di bawah tahap kelayakan.
"Dapatkah pekerjaan yang sesuai? Berbaloikah belajar dekat UiTM ini? Mampukah kita membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga?
"Semua pertanyaan itu tidak salah, kerana ia berasas. Menurut DOSM terdapat graduan bekerja di bawah tahap kelayakan. Jadi saya menggesa, meminta, mengarahkan dan memerintahkan Menteri Pendidikan Tinggi untuk terus memperkukuhkan laluan daripada pendidikan kepada pekerjaan yang sepadan.










