KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan tidak berselindung mengakui kecewa dengan mutu lakonannya selepas pertama kali menyaksikan hasil akhir filem seram terbaharunya, Pemuja Syaitan.
Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 33, menyifatkan persembahannya dalam naskhah arahan Liyana Jasmay itu tidak mencapai tahap diharapkan, malah merasakan dirinya kurang memberikan impak dalam beberapa babak.
"Sejujurnya, saya tidak suka lakonan saya. Bila tengok hasilnya, saya rasa seperti kurang beraksi dan persembahan saya juga tidak cukup kuat.
"Kalau boleh, saya berharap dapat memberikan lebih lagi. Ada banyak babak yang saya harap dapat 'dubbing' semula suara kerana saya nampak terlalu senyap.
"Ketika penggambaran, saya tidak mahu suara saya bertembung dengan pelakon lain dan menyangka babak itu akan di-dubbing kemudian, tetapi tiada.










