PETALING JAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat kualiti udara daripada sumber rasmi JAS, yang melaksanakan pemantauan menerusi 68 stesen pengawasan kualiti udara berdasarkan standard dan pensijilan antarabangsa.
JAS berkata ia mengambil maklum terdapat laman sesawang atau aplikasi bebas memaparkan bacaan Air Quality Index (AQI) yang kadangkala lebih tinggi berbanding bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) Malaysia.
"Perbezaan angka tersebut tidak semestinya menunjukkan percanggahan atau bahawa tahap pencemaran telah direndahkan," menurut kenyataan.







