amir_hamid@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Sebanyak 11,301 aduan berkaitan pencemaran udara diterima Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak Januari sehingga 30 September lalu, dengan 84.3 peratus daripadanya membabitkan pembakaran terbuka.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Azuri Azizah Saedon berkata, jumlah itu menjadikan pembakaran terbuka kategori aduan tertinggi diterima jabatan berkenaan.
Menurutnya, sebanyak 3,567 kompaun dikeluarkan JAS di seluruh negara sejak Januari hingga September tahun ini di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).
"Kompaun berkenaan membabitkan pelbagai pihak termasuk pemilik tanah, syarikat dan individu yang melakukan kesalahan berkaitan isu pencemaran serta pembakaran terbuka.








