JAKARTA: Indonesia mencatatkan penurunan ketara sebanyak 67 peratus bagi kawasan panas kebakaran hutan dan tanah, dengan 387 kawasan dikesan di seluruh negara pada, setakat malam tadi, berbanding 1,176 pada hari sebelumnya, meskipun keadaan cuaca kering yang berpanjangan terus menimbulkan risiko kebakaran susulan.
Kementerian Perhutanan memaklumkan angka yang direkodkan menerusi sistem pemantauan satelit SiPongi setakat jam 9.10 malam waktu tempatan menunjukkan kawasan panas di enam wilayah keutamaan turut merosot daripada 543 kepada 268.
Berdasarkan kementerian itu, Sumatera Selatan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 130 kawasan panas, diikuti Kalimantan Tengah (86), Kalimantan Selatan (37), Kalimantan Barat (12) dan Jambi (tiga), manakala Riau tidak mencatatkan sebarang kawasan panas.









