Los Angeles : Bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio menyuarakan kebimbangan terhadap kebakaran hutan di Indonesia yang memusnahkan lebih 800,000 hektar kawasan hutan, sekali gus mengancam habitat orang utan.

Pelakon yang juga aktivis alam sekitar itu menerusi Instagram (IG) menyorot kemusnahan hutan hujan primer di Kalimantan dan Sumatera akibat kebakaran berkenaan.

Menurut portal Indonesia, Journal Arta, data yang dikongsi DiCaprio menunjukkan kira-kira 800,000 hektar kawasan hutan musnah, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kelangsungan hidup spesies terancam.

"Risiko terhadap ekosistem amat tinggi khususnya di kawasan tanah gambut. Ia penting sebagai penyerap karbon. Apabila terbakar, kawasan ini bertukar menjadi sumber pelepasan gas rumah hijau dalam jumlah besar," katanya.