syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Penyanyi Indonesia, Cakra Khan meluahkan rasa kesal dan keprihatinannya berhubung isu jerebu serta pembakaran terbuka yang kini semakin membimbangkan sehingga merentasi sempadan negara jiran.
Menerusi satu hantaran di Threads, Cakra, 34, menggesa pihak berkuasa dan kerajaan di negaranya mengambil tindakan lebih tegas serta mempertingkatkan usaha bagi menangani krisis berkenaan.
"Pihak kerajaan, lihatlah keadaan ini. Asapnya merebak sehingga ke mana-mana dan turut menjejaskan saudara-saudara kita di negara jiran. Usaha perlu dipertingkatkan lagi!.
"Kasihanilah mereka yang terkesan akibat kejadian ini. Semoga semua yang terjejas sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan selamat," tulisnya.









