JOHOR BAHRU: Negara ASEAN perlu memainkan peranan lebih aktif dengan mengadakan mesyuarat tergempar bagi menangani krisis jerebu rentas sempadan yang berterusan ini secara kolektif.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keadaan jerebu rentas sempadan ketika ini turut memberi kesan kepada Johor, khususnya terhadap kesihatan rakyat dan kualiti udara di beberapa kawasan.
“Dalam perkara ini, pendekatan kita bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya mencari jalan penyelesaian bersama kerana kesannya sudah melangkaui sempadan sesebuah negara.
“Apabila pencemaran udara merentasi sempadan dan memberi kesan kepada negara-negara jiran termasuk Malaysia, sudah tentu isu ini memerlukan kerjasama serantau yang lebih erat demi kepentingan bersama,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.









/file/attachments/orphans/catsanddog12_879745.png)
