bhrencana@bh.com.my

Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat ini sudah pasti menjadi tumpuan rakyat, terutama jumlah peruntukan dan saiz defisit yang bakal diumumkan. Namun, angka besar semata-mata bukan ukuran sebenar kemajuan negara.

Persoalan lebih penting ialah sejauh mana perbelanjaan kerajaan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat memperbaiki kehidupan, khususnya mereka daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Belanjawan yang baik bukan sekadar merancakkan ekonomi, tetapi memastikan lebih ramai rakyat mampu bergerak ke tahap kehidupan yang lebih baik.

Data terkini menunjukkan beberapa perkembangan positif. Jabatan Perangkaan melaporkan purata pendapatan kasar bulanan isi rumah meningkat daripada RM7,901 pada 2019 kepada RM9,155 pada 2024.