JAKARTA: Kerajaan Indonesia menghalang 6,555 rakyatnya yang mahu bekerja di luar negara daripada berlepas melalui saluran tidak sah sepanjang dua tahun pertama pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.

Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Mukhtarudin, berkata jumlah itu direkodkan hasil usaha campur tangan kerajaan dari Oktober 2024 hingga 5 Oktober 2026.

"Dalam tempoh Oktober 2024 hingga 5 Oktober 2026, kami merekodkan 6,555 bakal pekerja migran dalam kategori pencegahan," katanya kepada ANTARA di Jakarta, semalam.

Selain usaha mencegah penghantaran pekerja melalui saluran tidak sah, kementerian itu turut menguruskan 51,460 kes penghantaran pulang sepanjang tempoh dua tahun berkenaan.

Daripada jumlah itu, 43,671 pekerja migran yang berdepan masalah dibantu untuk pulang dengan selamat, manakala 1,234 jenazah pekerja migran dibawa pulang ke Indonesia.