mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Balu kepada pelakon, Allahyarham Mohd Rawi Mohamed Said, 83, atau lebih mesra dengan panggilan Papa Rawi iaitu Zarela Abdul Kadir meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham, Zarela, 79, yang mesra dengan panggilan Mummy

menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang. Iaitu tiga bulan selepas kematian suaminya.

Berita sedih ini dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) Sandakiah Azez menerusi media sosial.