PETALING JAYA – Balu kepada pelakon, Allahyarham Mohd. Rawi Mohamed Said, 83, atau lebih mesra dengan panggilan Papa Rawi iaitu Zarela Abdul Kadir meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham, Zarela, 79, yang mesra dengan panggilan Mummy menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang. Iaitu tiga bulan selepas kematian suaminya.

Berita dukacita tersebut dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez menerusi media sosial.

“57 tahun bersama. Tiga bulan selepas pemergian suami pada 3 Julai 2026, isteri yang masih dalam tempoh idah menyusul.

“Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hajjah Zarela Abd Kadir,” tulisnya.