am@hmetro.com.my

Gambar ihsan pembaca

Seremban: Bunyi tapak kaki di dalam kawasan taman perumahan dekat Taman Tuanku Ja'afar, di sini, tengah malam Ahad lalu yang disangkakan perompak, rupanya seekor beruang matahari sedang mencari makanan.

Dalam video dimuat naik seorang lelaki di TikTok menunjukkan haiwan berkenaan dilihat mengopak bumbung sebuah pondok di kawasan perumahan itu dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu.

"Tengah melepak dengar bunyi tapak kaki. Ingatkan perompak, sekali yang keluar beruang matahari. Bahaya untuk anak-anak kecil," katanya menerusi kapsyen pada video itu