LAGOS: Seramai 32 orang maut selepas pesawat Tentera Udara Nigeria terhempas di barat daya negara itu, semalam.
Pesawat berkenaan membawa 25 penumpang dan tujuh kru ketika menjalankan misi rutin dari Benin City di selatan Nigeria menuju Lagos, sebelum terhempas di Igbokoda, negeri Ondo, kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan.
Susulan nahas itu, Presiden Nigeria, Bola Tinubu, mengumumkan tiga hari berkabung di seluruh negara.
Pejabat Presiden dalam satu kenyataan berkata, Tinubu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terkorban dalam nahas itu.
"Ini adalah saat yang menyakitkan bagi angkatan tentera dan seluruh negara," menurut kenyataan itu.








