LAGOS – Sebuah pesawat tentera terhempas di barat daya Nigeria semalam,  mengorbankan semua 32 orang di dalamnya, kata Presiden Bola Tinubu.

Nahas udara itu  antara yang paling buruk di Nigeria sejak beberapa tahun lalu.

“Pesawat  sedang dalam ‘misi rutin’ dari Bandar Benin di selatan menuju hab ekonomi, Lagos apabila  terhempas di Igbokoda dalam negeri Ondo,, barat daya Nigeria, sejurus selepas pukul 9 pagi,” kata Tinubu dan dan tentera udara.

“Ini adalah detik menyedihkan  bagi angkatan tentera kita dan seluruh negara,” tambahnya.

Bayo Onanuga selaku jurucakap Tinubu berkata,  presiden mengisytiharkan tempoh berkabung  tiga hari di seluruh negara sebagai penghormatan kepada anggota Tentera Udara Nigeria yang terkorban dalam nahas itu.