KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap dana sebuah syarikat pemaju hartanah berjumlah lebih RM100,000, dua tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, Lee Lun Teong, 44, yang ketika itu adalah pengarah Syarikat Menarez Development Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah dengan memindahkan dana berjumlah RM101,679.98 daripada akaun syarikat ke akaun bank miliknya sebagai "Director Fee".
Bagaimanapun, tiada sebarang bayaran yang sepatutnya dibuat kepada pengarah syarikat berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di syarikat itu di Jalan Residen 3, Desa Parkcity, di sini pada 1 November 2024 hingga 7 Disember 2024 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.










