lokman.khairi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan pecah amanah membabitkan dana lebih RM101,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Lee Lun Teong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu sebagai Pengarah Syarikat Menarez Development Sdn Bhd diamanahkan dengan penguasaan terhadap dana milik syarikat itu.

Tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta itu dengan memindahkan RM101,679.98 dari akaun syarikat ke akaun milik tertuduh sebagai 'fi pengarah'.