PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan pecah amanah membabitkan dana lebih RM101,000, dua tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Lee Lun Teong, 44, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus, menurut Harian Metro.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pengarah Syarikat Menarez Development Sdn Bhd diamanahkan dengan penguasaan terhadap dana milik syarikat itu.
Dia didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta itu dengan memindahkan RM101,679.98 dari akaun syarikat ke akaun milik tertuduh sebagai 'fi pengarah'.






