PETALING JAYA: Sekolah dan institusi pendidikan lain di tiga daerah Perak diarah tutup serta-merta akibat jerebu, selepas bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di Ipoh mencecah 180.
Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar, berkata penutupan itu membabitkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan di Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar.
"Sekolah perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah bagi memastikan kesinambungan pendidikan murid.
"Guru dan kakitangan sokongan perlu bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa," katanya dalam kenyataan.







