nurul_husna@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah Rompin di Pahang diarah tutup esok, susulan situasi jerebu yang melanda negara.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, langkah penutupan berkenaan membabitkan seluruh sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Sementara itu, di Pahang hanya sekolah di daerah Rompin sahaja yang akan ditutup.
"Bagaimanapun, sekolah lain di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan beroperasi seperti biasa," katanya dalam hantaran di Facebook (FB) malam ini.








