Paris: Presiden Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin memaklumkan kepada 55 persatuan bola sepak kebangsaan anggota badan induk bola sepak Eropah itu bahawa beliau akan bertanding untuk penggal terakhir dalam pemilihan semula tahun depan.

Pengumuman itu mengubah keputusan terdahulu warga Slovenia berkenaan yang sebelum ini tidak mahu mempertahankan jawatannya, selepas mendapat sokongan 'sebulat suara' daripada persatuan bola sepak kebangsaan berkenaan, kata UEFA dalam satu kenyataan.

Ceferin, 58, pertama kali dipilih pada 2016 bagi menggantikan Michel Platini, yang meletak jawatan selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) melarangnya daripada terbabit dalam aktiviti berkaitan bola sepak susulan kes rasuah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).