mhafis@mediaprima.com.my
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menekankan kepentingan memperkukuh usaha pencegahan rasuah secara lebih awal dengan mengenal pasti dan menangani risiko serta kelemahan yang berpotensi membuka ruang kepada rasuah sebelum berkembang menjadi masalah yang lebih serius.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata kejayaan SPRM tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan jumlah kes yang disiasat, tangkapan atau pertuduhan, sebaliknya turut dinilai berdasarkan hasil, perubahan dan impak tindakan yang dilaksanakan.
"Kerjasama antara fungsi penguatkuasaan dan pencegahan perlu terus diperkukuh supaya maklumat, risikan serta pengalaman dapat dikongsi dan diterjemahkan kepada tindakan yang lebih pantas, tepat dan berkesan," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah SPRM Bil. 3/2026 di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.








