nooratiqah.sulaiman@bh.com.my

Kuala Lumpur: Semua sekolah agama di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah tutup sepenuhnya mulai esok susulan masalah jerebu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memberitahu, penutupan semua sekolah agama itu dilaksanakan selaras dengan kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

"Sekolah Islam Persendirian yang berdaftar dengan JAIS disarankan mengikuti ketetapan ini. Susulan itu, sekolah berkaitan hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.

"Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.