am@hmetro.com.my
Seremban: Semua institusi pendidikan lslam di bawah seliaan dan kawal selia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) diarahkan tutup bermula esok susulan situasi jerebu yang melanda negara.
JHEAINS dalam kenyataannya berkata, pihaknya menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu.
"Semua institusi pendidikan lslam di bawah seliaan dan kawal selia JHEAINS yang berada di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah ditutup bermula Jumaat, 9 Oktober.
"Arahan ini membabitkan sekolah menengah agama negeri, sekolah agama swasta, maahad tahfiz, institusi pengajian pondok, Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kelas AI-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Kelas Agama Petang (KAP) di premis Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya dalam kenyataan, malam ini.






