CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan rasuah dan pemerkasaan integriti menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), hari ini.

Kerjasama itu turut memberi tumpuan kepada usaha mendepani cabaran yang semakin kompleks dalam persekitaran digital, khususnya menerusi perkongsian kepakaran dalam penguatkuasaan, penyiasatan, teknologi digital, pengurusan maklumat dan pencegahan rasuah.

Majlis pertukaran MoU berlangsung di ibu pejabat MCMC melibatkan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman.