ROME: Presiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Giovanni Malago dijangka kehilangan jawatannya dan kembali sebagai pentadbir khas susulan kompromi yang dirangka Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI), sekali gus menamatkan pergolakan tadbir urus yang berlarutan selama beberapa minggu.

Lembaga eksekutif badan Olimpik itu sebulat suara mengundi untuk meletakkan FIGC di bawah pentadbiran luar biasa serta mencadangkan Malago mengawasi operasi harian, tertakluk kepada pengesahan akhir oleh Majlis Kebangsaan.

Langkah itu menyediakan jalan keluar susulan beberapa minggu ketegangan pentadbiran selepas Malago memenangi jawatan presiden persekutuan pada Jun dengan lebih 68 peratus undi.

Siasatan undang-undang yang diarahkan pihak berkuasa Olimpik mempersoalkan kesahihan pemilihan berkenaan susulan ketidakpatuhan teknikal kerana Malago bukan ahli FIGC ketika dipilih.