firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perlawanan persahabatan antara Pejabat Agama Daerah Islam (PAID) Hulu Langat dan Jabatan Agama Islam Selangor Shah Alam (JAISEL FC) bukan sekadar medan menguji kemampuan di atas padang, malah menjadi platform mengeratkan hubungan serta silaturahim antara dua agensi kerajaan negeri Selangor.
Aksi yang berlangsung di Padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi itu menyaksikan PAID Hulu Langat muncul pemenang selepas menewaskan JAISEL FC 3-1.
Lebih daripada keputusan perlawanan, pertemuan berkenaan mencerminkan usaha kedua-dua pihak menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja menerusi aktiviti sukan, khususnya bola sepak.
Menariknya, aksi persahabatan itu bukan hanya membabitkan kakitangan pejabat PAID Hulu Langat dan JAISEL, malah turut menampilkan penyertaan imam, bilal serta guru agama yang turun padang menunjukkan kemahiran masing-masing.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)