mohamadridzuan@hmetro.com.my

SIRI 1

Suara jantan menerusi lagu Ibukota Cinta dengan penampilan ranggi dan macho pantas membuatkan nama Asheed bersama kumpulan Def Gab C meniti di bibir peminat pada awal era millenium.

Namun mungkin ramai tidak mengetahui sejarah awal penyanyi bernama Mohd Ashid Ahmad, 53, ini, ialah atlet yang mewakili Kedah dalam acara olahraga 100 meter (m).

Bagaimanapun, pada masa sama, Asheed juga aktif dalam sukan bola sepak serta nyanyian dan memaksanya membuat satu keputusan terbaik dalam hidup.